SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986, 1977, 1998, 2000). Teori ini telah dinamakan semula sebagai “Teori Kognitif Sosial” oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori ini menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.

Teori ini menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasadalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruhpersekitaran.Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka.Manusia saling memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah Albert Bandura,Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 Teori Pembelajaran Sosial. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase