IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

MASALAH PENGLIHATAN
Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda.

Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga tidak sedar orang-orang yang berhampiran dengannya kerana tidak boleh melihat. Apabila guru bersama kanak-kanak ini, bercakaplah dengannya. Maklumkan hal ini kepada kanak-kanak lain supaya mereka juga turut melakukannya.

MASALAH PENDENGARAN
Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Oleh itu guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan.

Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut diajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat.

Kanak-kanak ini mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap.

Selepas guru bercakap, beri peluang murid berfikir dahulu kemudian barulah guru menyambung semula percakapannya.

Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir.

MASALAH PEMBELAJARAN
bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu.

Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I)

Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 Teori Pembelajaran Sosial. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase