SEMERDU IRAMA MENELAAH ALAM

Kami HanShahFiz mengucapkan selamat menahan lapar dan dahaga, bukan tahan lapar dan dahaga je tau, tapi kene jaga semua termasuklah pandangan mata, mulut dan sebagainya demi ramadhan yang lebih bermakna pada kali ini. Dengan ini kami mengumumkan tarikh hari raya Aidilfitri jatuh pada..1 Syawal 1431 Hijrah.




Malam dan siang berlalu dengan penuh damai kini, ingatlah wahai semua pemuda bangsa kita semua, istilah damai itu pasti tidak dapat ditaakul oleh akal fikiran kita pada tika ini sekiranya pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dahulu enggan menghunus senjata serta mengerah akal fikir untuk menuntut kemerdekaan berdaulat tanah air kita ini dari pihak penjajah yang nyata tak tahu malu mengaut hasil bumi orang. Nyah kau dari sini wahai penjajah durjana!! dan terima kasih wahai pejuang agama dan tanah airku yang telah bermandikan darah merah serta keringat dalam mengajar anak bangsa kita ini tentang apakah itu maknanya kedamaian.

Oleh itu,  kami bertiga sebagai penulis blog ini dengan penuh rasa semangat dan tawwaduk mengucapkan   selamat menyambut hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia (16 September 2010) yang bakal disambut buat kali pertama kepada semua rakyat Malaysia serta kepada tanah air yang terindah ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, Sekian.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 Teori Pembelajaran Sosial. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase