Perbandingan teori pembelajaran

Perbandingan Antara Teori Pembelajaran

ANALISIS SWOT TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL



Analisis SWOT ( Strenghts, Weakness, Opportunities, dan Threats) merupakan kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam suatu projek. Teknik ini dikemukakan oleh Albert Humphrey yang telah mengetuai projek penyelidikan di Universiti Stanford pada zaman 1960-an dan 1970-an dengan menggunakan data dari syarikat-syarikat Fortune 500.

Strenghts (Kekuatan)

Teori sosial ini merupakan salah satu teori yang mana pembelajaran melalui peniruan tingkah laku seseorang berlaku. 



Terdapat komunikasi antara guru dan murid.

Sekiranya perbuatan positif yang ditiru oleh murid, maka murid tersebut akan mendapat hasil yang positif.

Murid dapat berkongsi idea, pengalaman bersama rakan tentang sesuatu perkara yang diperhatikan.

Weakness (Kelemahan)

Peniruan hanya akan berlaku sekiranya adanya ganjaran.

Murid mudah terpengaruh dengan tingkah laku orang disekeliling mereka terutama guru, rakan dan ibu bapa.

Kanak-kanak menjadi agresif setelah mereka meyaksikan suatu perbuatan agresif atau ganas begitu juga sebaliknya.

Oppoturnities (Peluang)

Tahap pemahaman murid adalah berbeza bergantung kepada tahap kebolehan mereka untuk menaakul sesuatu perbuatan.

Murid dapat mempelajari sesuatu sesuai mengikut tahap kebolehan mereka.

Threats (Ancaman)

Murid hanya mengharapkan ganjaran sebelum melakukan sesuatu perkara. Sekiranya tiada ganjaran, tiada perlakuan yang dilaksanakan.

Hanya guru boleh membuat keputusan dan bukan murid
 
Copyright 2010 Teori Pembelajaran Sosial. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase